Sunday, October 30, 2011

Precious Love

 I never thought that my live gone to be like this now.  It's better than before, everything that you made are so precious to me, I feel like I can make my dreams come true. I know sometimes we had a little bit problem that we face to live our life. Some people felt uneasy when they saw us getting closer. Till they made a story that never exists. I don't mind what they want to say, they can say what they like. You make me realize that live isn't easy without study hard, work hard from now on. I wish I can make you happy someday. You have been sacrificed a lot to see me and my friend success. You're kindness and your dignity always in my mind. I am lucky to know you. Thanks for everything <3

                                                                                                                                          Sincerely,
                                                                                                                                          Zahirah Zain

Friday, December 17, 2010



    

Selamat Pagi Cinta - Violin Instrumental

buku buku buku dan buku lagi.

SPM 2011 && Azam tahun baru ^^

Baru nak masuk 2011, aku dah rasa bahang SPM, hahaha, kuat betul aura 
SPM ni, ape la nak jadi kalau asyik duduk depan lappy online FB buang masa aku je.

Aku nak berubah, sekarang tiap2 malam bukak buku baca sampai mengantuk, 
wah, agak bangga lah sebab sebelum ni aku tak suka membaca, hehe.

Tapi kan, tak pelik ke mana pergi je nampak buku, 
buku buku buku, bersusun buku ! merata-rata ! 
orang kata , sampai kita tua pun tak kan habis ilmu, 
banyak lagi benda yang nak kena 
baca. 


Macam-macam benda aku nak buat 2011 ni, 
aku nak buat study group, stay kat sekolah study, tuisyen, 
nak improve macam-macam.

Jadi anak yang baik, pelajar terbaik dan kawan yang berguna :)
berjasa la katakan, sebab tahun depan last aku sekolah
nanti dah tak rasa sekolah.



'Knowledge is power'. 

Wednesday, December 15, 2010

My Late Father



ALLAHYARHAM MOHD ZAIN BIN ISMAIL.
Al-fatihah,

Maaf gambar kabur, ni gambar masa dia muda :)
rindu aku kat abah hanya tuhan saje yang tahu, abah seorang lelaki yang 
berkebolehan, macam-macam abah boleh buat, abah pandai 'speaking' sebab dulu abah sekolah di 
singapore, yang paling best abah pandai masak ^^ gulai nenas ikan masin abah terbaikkkkk ! 
abah memang seorang lelaki yang hebat.
Abah meninggal dunia masa umur aku darjah 6 bulan 3.
Aku ingat lagi masa sebelum abah koma, abah hantar aku pergi pejabat mak, 
mak pergi kerja awal sebab ada hal yang perlu diuruskan. 
Lepas abah hantar abah pun pergi kerja macam biasa, 
tapi sebelum aku keluar kereta abah bagi aku sepuluh ringgit. 
Aku pun pelik kenapa abah bagi aku duit, selalunya aku  mintak abah macam susah nak bagi
sebab aku suka membazir :) tapi tak apa lah, aku ambil je lah.
Petang tu aku dengan mak rancang nak buat pizza makan satu family, 
dah siap buat semua, tiba-tiba dapat call yang abah jatuh dalam tandas dekat kedai mamak.
Aku mula rasa lain macam, datang hospital doktor cakap dia koma, 
abah diserang penyakit darah tinggi secara mengejut.
Doktor kata tak boleh bedah sebab risikonya sangat tinggi kerana abah dah berusia. Bermula detik 
tu, aku mula fikir positif, macam-macam yang aku fikir. Apa yang akan berlaku jika 
abah takde kat dunia ni. Keesokan pagi nya aku pergi melawat abah di hospital, dengan harapan yang tinggi
abah akan sedar , tapi sebaliknya abah menghembuskan nafas nya yang terakhir pada pukul 11.01 pagi.
Sedih yang amat aku pada masa tu, menangis sampai nak kering air mata aku.


Sekarang aku dah meningkat dewasa dan dapat menerima takdir,
 biarkan dia pergi dengan tenang dan mendoakan agar
rohnya di tempat kan dengan orang-orang yang beriman. AMIN.