Wednesday, December 15, 2010

My Late Father



ALLAHYARHAM MOHD ZAIN BIN ISMAIL.
Al-fatihah,

Maaf gambar kabur, ni gambar masa dia muda :)
rindu aku kat abah hanya tuhan saje yang tahu, abah seorang lelaki yang 
berkebolehan, macam-macam abah boleh buat, abah pandai 'speaking' sebab dulu abah sekolah di 
singapore, yang paling best abah pandai masak ^^ gulai nenas ikan masin abah terbaikkkkk ! 
abah memang seorang lelaki yang hebat.
Abah meninggal dunia masa umur aku darjah 6 bulan 3.
Aku ingat lagi masa sebelum abah koma, abah hantar aku pergi pejabat mak, 
mak pergi kerja awal sebab ada hal yang perlu diuruskan. 
Lepas abah hantar abah pun pergi kerja macam biasa, 
tapi sebelum aku keluar kereta abah bagi aku sepuluh ringgit. 
Aku pun pelik kenapa abah bagi aku duit, selalunya aku  mintak abah macam susah nak bagi
sebab aku suka membazir :) tapi tak apa lah, aku ambil je lah.
Petang tu aku dengan mak rancang nak buat pizza makan satu family, 
dah siap buat semua, tiba-tiba dapat call yang abah jatuh dalam tandas dekat kedai mamak.
Aku mula rasa lain macam, datang hospital doktor cakap dia koma, 
abah diserang penyakit darah tinggi secara mengejut.
Doktor kata tak boleh bedah sebab risikonya sangat tinggi kerana abah dah berusia. Bermula detik 
tu, aku mula fikir positif, macam-macam yang aku fikir. Apa yang akan berlaku jika 
abah takde kat dunia ni. Keesokan pagi nya aku pergi melawat abah di hospital, dengan harapan yang tinggi
abah akan sedar , tapi sebaliknya abah menghembuskan nafas nya yang terakhir pada pukul 11.01 pagi.
Sedih yang amat aku pada masa tu, menangis sampai nak kering air mata aku.


Sekarang aku dah meningkat dewasa dan dapat menerima takdir,
 biarkan dia pergi dengan tenang dan mendoakan agar
rohnya di tempat kan dengan orang-orang yang beriman. AMIN.




4 comments: